Kesaksian Halimahthun yang pindah kepercayaan"…Di dalam kasih
tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna mengusir ketakutan (serta rasanya) Kerana
di dalam ketakutan ada siksa hukuman dan orang yang takut belum sempurna di
dalam Kasih. Kita mengasihi sebab Tuhan Allah terlebih dahulu mengasihi kita.
Jikalau seorang berkata : 'Aku mengasihi Allah' padahal dia membenci
saudaranya, orang itu membohong. Kerana jikalau dia tidak mengasihi saudaranya
yang dapat dilihat, maka tidak boleh dia mengasihi Allah yang belum pernah
dilihatnya. Perintah ini kita kita peroleh dari Allah, yaitu bahawa orang yang
mengasihi Allah, harus mengasihi saudaranya juga." Kitab Suci Injil
al-Syarif, 1 Yahya 4 : 18 - 21 (Al-Kitab).
Assalamu'alaikum, nama saya Halimahthun.
Assalamu'alaikum, nama saya Halimahthun.
Saya seorang wanita bumiputera Melayu asli, Muslimah Islam
sejak dilahir di dalam keluarga Islam yang taqwa kepada Tuhan. Sejak muda lagi,
saya belajar tentang hal-hal keagamaan dan ajaran-ajaran Islam secara rajin dan
saya telah tegakkan rukun-rukun Islam dengan penuh azam, ikhlas dan kekusyukan.
Walaupun rasa khusyuk
kepada Allah saya terasa pada mula-mulanya, lambat-laun pula saya telah mulai
menanyakan akan bimbingan-Nya dan kebenaran kenyataan-kenyataan sifat-sifat
Allah seperti Allah itu arrahman dan irrahim dan sebagainya. Walau begitu, saya
tetap beriman kepadaNya dan cuba memberi peluang untuk ajaran-ajaran Islam
diyakini di dalam jiwa dan hidup saya.
Setelah saya selesaikan
pengajian tinggi saya di IPT, saya pun mendapat kerja yang cukup bagus dan
memuaskan. Saya telah mendalami bidang perkerjaan saya dengan penuh minat dan
yakin, kerana ini merupakan pengalaman baru sebagai tenaga kerja yang sebenar
dan juga memperolehi ganjaran yang wajar daripada majikan saya.
Tidak lama kemudian,
saya telah menemui bakal suami saya yang disayangi! Kami telah pun menikah dan
berazam untuk mendirikan rumahtangga kami sendiri seperti semua keluarga yang
baru dan penuh berharapan. Setahun kemudian, kami telah dianugerahi dengan
cahaya mata dan saya penuh bersyukur kepada Tuhan atas hadiah kesayangan ini!
Kami telah membangun
keluarga ini dengan penuh harapan dan bertanggung jawab! Akan tetapi, entah
kenapa, tidak lama kemudian, beberapa masalah telah timbul yang pudarkan hidup
kami sebagai keluarga yang baru dan mengancam harapan kami sebagai rumahtangga yang
baru. Tiba-tiba, suami Islam saya telah merenggangkan perhubungan kami.
Akibatnya tidak lama kemudian kami telah pun bercerai!
Pengalaman yang cukup
pahit itu tidak mematahkan jiwa saya! Malah saya telah mencuba mendalami iman
dan akidah keislaman saya dengan lebih giat lagi, misalnya membaca dan mencari
jawapan-jawapan daripada al-Quran serta karya-karya alim ulamak yang
membentangkan tentang Allah dan kebaikan-Nya, kasih sayang-Nya dan lain-lain.
Akan tetapi, semua
bahan-bahan keislaman yang telah saya mencari itu tidak dapat menjawab soalan
soalan saya mengenai kehidupan dan kasih-sayang yang sejati dan sebenar! Apakah
Allah yang arrahman dan irrahim itu mengizinkan saya dan bekas suami saya untuk
mendirikan bersama-sama satu rumahtangga dengan cahaya mata kami sendiri, dan
sejenak dari itu merobohkan rumahtangga itu pula? Mengapa dan kenapa? Tidakkah
Allah swt itu mengasihi kami sebagai suami-isteri dan boleh memeliharakan
rumahtangga kami daripada kerosakan!?
Sesudah penyelesaian
penceraian itu, dan sesudah puas cuba mencari jawapan daripada sumber-sumber
Islam yang cukup banyak itu, saya pun berfikir: 'Sehingga kini saya masih belum
pernah merujuk kepada sumber-sumber agama Samawi yang lain, yaitu akidah-akidah
lain yang juga mengesakan Allah yang Maha Kuasa itu!' Saya terasa selama ini
Allah adalah terlalu jauh dan 'remote' untuk mahu mengambil tahu mengenai
masalah-masalah dan kerinduan saya yang cukup perit itu! Soalan yang telah
muncul untuk saya pada waktu itu ialah: 'Adakah Tuhan seperti ini benar, serta
'kasih-sayangNya adalah tulin dan sejati?'
Pada waktu itu saya telah pun menyimpan sejadah sembahyang serta
telekung saya dan berhenti seketika amalan-amalan seperti itu!
Tidak lama kemudian,
saya telah diundang teman baik saya, untuk pergi bersama-sama menonton Wayang
'The Passion of the Christ' ('Kesengsaraan Al-Masih'). Saya tidak menyedari
atau mengetahui bahawa cerita ini ialah mengenai Sayidina Rabbani Isa al-Masih,
Kesengsaraan Baginda serta Kewafatan-Nya. Waktu itulah saya telah menyedari
betapa perit, pahit dan dalamnya kesengsaraan yang telah diharungi Almasih Isa
Putera Maryam itu! Air mata saya mengalir tanpa berhenti-henti dan saya
menangis bersedu-sedu semasa menyaksikan betapa besar dan dalamnya kasih-sayang
AlMasih Isa itu untuk segala bangsa dan seluruh umat manusia, termasuk
musuh-musuhNya sendiri!
Sejak saat itu saya pun
telah sedar bahawa pencarian saya sudah pun termakbul! Tak usahlah saya mencari
dan merayu di tempat-tempat yang lain, Kasih sayang yang sejati dan yang seratus
peratus tulin itu ada pada Al-Masih Isa sahaja! Saya pun mengkaji Kitab Suci
Injil Syarif dengan minda dan hati yang terbuka, tanpa dikongkong oleh
prasangka dan buruk-sangka kesialaman terhadap akidah umat Nasrani yang cukup
tipikal itu!
Aman-damai, kesejahteraan
dan pelepasan rohani yang menyusul di dalam kehidupan saya setelah saya memeluk
ajaran Isa Al-Masih yang indah itu tidak dapat diungkapkan keindahan dan
kepuasannya dalam kata-kata manusia! Sebelum ini semua saya tidak pernah insaf
akan keperluan saya untuk diampunkan dan dihilangkan semua hukuman dan hambatan
dosa-dosa saya.itu. Sekarang saya sudah faham apa yang dimaksudkan Rabbiku
Sayidina Isa, "jika seseorang ingin masuk Syurga, dia haruslah dilahirkan
kembali (atau semula)! (KS Injil, Yahya fasal 3:1-4, 5-16).Syukur
Alhamdulillah!
Saya mengundang saudara
dan saudari semua! Silalah mengkaji bagi diri anda sendiri, Siapakah itu
AlMasih Isa, Putera Maryam! Abaikanlah prejudis dan prasangka lazim yang
didakyahkan ramai orang itu - yang tidak berasas, lagi penuh dengan fitnah !
Bacalah Al-Kitab dan Kitab Suci Injil Syarif yang mengandungi sirah Sayidina
Rabbani Isa yang sah dan sebenar. Sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa
penyaliban Al-Masih Isa Putera Maryam itu, 2,000 tahun yang lalu adalah satu
hakikat dan fakta sejarah yang telah betul-betul berlaku yang tidak dapat
disangkalkan oleh mana-mana pihak.
Inillah sabda Al-Masih
Isa kepada para rasul-rasul-Nya, lebih 2,000 tahun yang lalu :
"Tidak ada kasih
yang lebih besar daripada kasih seseorang yang menyerahkan nyawanya untuk
berkorban bagi sahabat-sahabatnya."
KSI, Yahya 15 ayat
13.
Dan itulah yang
telah disempurnakan oleh Baginda bagi sahabat-sahabatnya dan itulah juga telah
Dia lakukan tanpa syarat untuk anda dan saya, supaya kita semua dapat tahu dan
menghayati apakah itu kasih-sayang yang sebenar, tulin lagi sejati - yang Allah
Sendiri telah menganugerahkan kepada manusia sejagat untuk selama-lamanya!
Kumpulan Kisah Nyata:
No comments:
Post a Comment