Kesaksian Rogayyah, seorang wanita
Melayu dari Malaysia. Pada masa bangku sekolah saya, dari sekolah rendah, saya
telah belajar di sekolah biasa sebelah waktu pagi dan di sekolah agama Islam
pada waktu petang. Di sekolah agama , saya telah mengaji dan membaca al-Quran,
menghafalkannya dan juga menafsirkannya dengan betul. Saya telah mencapai
kelayakan Ustazah di sekolah agama itu dan oleh itu saya juga telah mengajar
agama kepada anak-anak murid Islam yang lain.
Semasa mengaji agama
Islam, saya telah diajar bahawa berdoa adalah satu-satunya cara untuk mendekati
Tuhan Allah. Dalam solat kami, kami diwajibkan membaca surah Al-Fatihah (surah
pertama Quran) setiap kali. Ayat 6 surah ini berkata : "Tunjukilah kami ke
jalan yang lurus."
Saya telah mengucap ayat ini selama berpuluh-puluh tahun, akan tetapi saya tidak pernah menjumpainya, walaupun saya telah mencuba dengan ikhlas. Saya pernah menanyakan Ustaz saya dahulu, tentang 'jalan lurus' ini tetapi jawabannya selalu ialah untuk jangan tanya tentang hal-hal itu, terimalah saja tanpa bersoal-siasat! Sebaliknya di sekolah pagi, saya sentiasa menyoalkan guru-guru saya bila terdapat persoalan dan mereka akan menjawabkan saya.
Saya telah mengucap ayat ini selama berpuluh-puluh tahun, akan tetapi saya tidak pernah menjumpainya, walaupun saya telah mencuba dengan ikhlas. Saya pernah menanyakan Ustaz saya dahulu, tentang 'jalan lurus' ini tetapi jawabannya selalu ialah untuk jangan tanya tentang hal-hal itu, terimalah saja tanpa bersoal-siasat! Sebaliknya di sekolah pagi, saya sentiasa menyoalkan guru-guru saya bila terdapat persoalan dan mereka akan menjawabkan saya.
Saya telah diajar untuk
mendoakan bagi Nabi Muhammad di penutup setiap doa solat saya, memohonkan Allah
supaya menyelamatkan Nabi juga. Tetapi, bukankah Muhammad itu seorang 'Rasul'
gelarannya, pembawa risalat Tuhan, jadi belaiu haruslah diselamatkan kerana
ketakwaannya. Saya juga telah menanyakan darihal persoalan ini kepada Ustaz
saya, tetapi dia telah memarahi saya dan juga memanggil saya seorang
"kafir"! Oleh kerana saya telah banyak menyoalkannya ustaz saya
tentang ayat-ayat al-Qu'ran, dia telah tidak menyukai saya. Dia juga tidak
dapat memberi jawaban-jawaban yang memuaskan bagi soalan-soalan saya itu. Ini
telah membuat saya keciwa dan saya pun telah mencari jawaban-jawaban saya
ditempat yang lain.
Nenek Moyang saya memili Ilmu
Nenek-moyang saya adalah
bomoh dan dukun. Saya telah mewarisi kemahiran nenek moyang saya juga. Mereka
yang sakit -terutama yang dirasuk, atau yang terkena sawan tiba-tiba, telah
mendatangi saya untuk mencari penyembuhannya. Kebolehan saya dalam bidang ini
datang dengan pertolongan orang halus (jinn) yang saya telah mewarisi daripada
nenek saya. Mula-mula, saya juga terkejut apabila terjumpa dengan ayat-ayat
al-Quran yang boleh digunakan bagi memikat hati lelaki dan wanita. Ada juga
ayat-ayat yang boleh dipakai untuk menyusahkan orang lain. Ini telah membuat
saya mencurigakan dan khawatir akan kemurnian agama Islam. Kemudian, saya telah
ikut seorang kawan beragama Hindu ke kuil Hindunya. Disana, saya telah melihat
beberapa patung berhala yang hodoh memegang lembing! Saya amat tidak senang
hati dengan benda-benda itu, lagipun, bahasa upacara ibadat mereka dalam Tamil,
yang saya tidak fahami.
Saya ikut sahabat Kristian pergi gereja
Selepas itu, saya telah
ikut beberapa sahabat Kristian pergi ke gereja pada hari Ahad. Disana, saya
tidak berjumpa dengan patung-patung berhala, lagipun bahasa pengantar waktu
ibadat ialah Inggeris yang saya fahami. Saya terus bersama-sama dengan kawan-kawan
telah pergi ke perjumpaan doa (prayer meetings) di rumah guru sekolah Inggeris
saya. Disana saya telah dihormati dan menerima kasih-sayang dari umat Kristian
yang sebelum itu tidak pernah dirasa di rumah saya sendiri! Pada suatu petang,
saya telah kembali ke rumah saya dengan membawa sekeping gambar Isa Almasih.
Bapa saya telah memukul saya apabila dia berjumpa dengan gambar itu. Sejak itu,
saya teruskan ibadah-ibadah Islam saya sebagai seorang anak yang mendengar kata
ibu-bapa saya, dan juga kerana takut dihalau keluar dari rumah atau
diberhentikan persekolahan saya!
Didalam Quran, saya
terjumpa dengan ayat al-Zukhruf ayat 61 yang berbunyi: "Sesungguhnya 'Isa
itu memberitahukan hari kiamat, sebab itu janganlah kamu ragu-ragu tentang itu
dan ikutlah Aku. Inilah jalan yang lurus." Ayat 62 : "Janganlah kamu
terhalang oleh Syaitan, sesungguhnya dia musuh yang nyata bagimu." Ayat 63
: "Tatkala 'Isa datang dengan ayat-ayat katanya : 'Sungguh aku datang
kepadamu dengan membawa hikmah, dan supaya kuterangkan kepadamu sebahagian apa
yang kamu perselisihkan; maka takutilah Allah dan ikutlah aku.'" Apabila
saya telah menyoalkan tentang ayat ini dari ustaz, dia hanya berkata bahawa
dipenghujung hayat manusia, kita akan berjumpa nabi Muhammad! Sebenarnya dia telah
benar-benar keluar tajuk daripada apa yang telah saya persoalkan! Kadang-kala,
saya akan pergi ke gereja seorang diri. Ini termasuk sebuah gereja Katholik,
disanalah saya telah bertemu dengan bakal suami saya, Richard.
Suami saya awalnya agama katholik
Mula-mulanya, Richard
adalah seorang Roman Katholik. Dia seringkali membawa rantai tasbihnya ke
mana-mana dan juga memakai seutas tangkal Buddha bagi 'kekuatan'. Saya telah
mengikutnya ke Gereja Roman Katholik. Upacara ibadah Katholik ada kemiripan
dengan ibadah solat Islam. Tetapi ada kala saya ingatkan Richard tentang
patung-patung di dalamnya, tetapi Richard tidak pernah berselisih dengan saya
pasal itu. Ini berpanjangan untuk beberapa tahun. Pada satu hari, Richard telah
jatuh sakit, dan terpaksa dimasukki Hospital. Dia terpaksa mengambil
ubat-ubatnya walaupun sudah keluar dari hospital. Tapi, ubatan itu tidak
menolong sembuhannya sehingga dia terus menjadi kurus dan lemah. Jadi, saya
telah cuba mengubatinya dengan cara tradisional saya, yaitu dengan membaca ayat-ayat
suci al-Quran keatas minumannya lalu diberikannya untuk diminum. Tetapi itupun
tidak berkesan! Saya hairan dan amat tidak senang hati, sebab saya seorang
bomoh yang disegani oleh anak-anak buah di kampung saya.
Saya di perkenalkan seorang pendeta
Tidak lama kemudian,
sahabat Richard, suami saya, telah perkenalkan seorang pendita gereja (pastor)
kepada kami. Beliau telah menjelaskan kepada kami dari Kitab Suci Injil,
bagaimana hazrat 'Isa telah menyembuhkan ramai orang sakit bukan saja di
zamannya, malah sehingga ke hari ini juga! Kami hanya perlu mempercayai
kuasanya dan mengimani firmannya, Richard juga boleh mengalaminya sendiri! Itu
adalah kali-kali pertama kami telah membaca Kitab Suci Injil dan berdoa
bersama-sama sebagai suami-isteri. Dalam masa beberapa minggu saya dapat
melihat kesan yang positif ke atas kesihatan suami saya, nampaknya, Tuhan Allah
telah mendengar dan memakbulkan doa-doa kami! Hallelujah!
Saya mulai mengerti jalan keselamatan
Sesudah kami meneliti
dan memahami utusan Injil yang sebenar, serta apa yang dimaksudkan
'Penyelamatan' itu, kami berdua suami-isteri telah membuat keputusan menerima
pemberian Tuhan ini yang telah Dia anugerahkan melalui satu-satu Jalan
TerpilihNya yakni Al-Masih 'Isa Putera Maryam. Kami juga menganggotai gereja
untuk mendalami fahaman dan pegangan kami dalam Alkitab. Kami berdua amat
senang dan telah banyak diberkati semasa mengikuti kebaktian-kebaktian gereja
ini dan telah banyak mendalami pemahaman dan penghayatan kami tentang Alkitab
melalui khotbah-khotbah dan syarahan-syarahan yang disampaikan oleh
pendita-pendita dan gembala-gembala Tuhan yang diurapi Roh Kudus!
Semasa suatu perjumpaan
doa, pendeta gereja telah menjemput sesiapa yang terbeban dengan
masalah-masalah untuk keluar ke depan untuk didoakan. Beliau telah memanggil
Richard khususnya untuk keluar supaya didoakan. Bila tiba masanya untuk suami
saya didoakan, Richard telah rebah diatas lantai sesudah doa itu! Saya telah
kurang yakin dengan peristiwa rebah ini, lalu, selepas itu saya telah menyoalkan
suami saya Richard tentang pengalaman beliau itu - kalau-kalau dia telah meniru
orang lain yang telah rebah kelantai juga! Dia menjawab dia tidak meniru
sesiapa pun, tetapi secara sungguh-sungguh dia telah melihat cahaya yang sangat
terang menjelma di hadapannya sambil dia didoakan, lalu dia terus rebah didepan
cahaya itu. Secara peribadi, saya mencurigai penjelasan Richard itu. Jadi, saya
telah mencabarnya, pada minggu akan datang, saya juga akan ke hadapan untuk
minta didoakan. Tetapi, saya tidak akan rebah ke atas lantai seperti Richard!
Saya di doakan oleh Pendeta
Pada minggu seterusnya
kami telah pergi ke gereja. Pemimpin gereja telah membuat jemputan kepada
jemmah untuk keluar ke depan supaya didoakan. Jadi, saya telah pun keluar ke
depan dan tiba masanya giliran untuk saya didoakan, saya telah berdiri
setegak-tegaknya! Tiba-tiba, tanpa sangkaan, satu cahaya yang amat cerah muncul
di depan saya. Bentuk cahaya itu sebuah Salib! Segala-galanya berlaku amat
cepat sekali. Pada saat seterusnya, saya telah rebah di atas lantai, dan
beberapa orang jemaah sedang mendoakan saya ! Kegirangan saya tidak terhitung
pada saat itu! Dengan penuh gembira, ketenangan dan suka hati saya kembali ke
rumah dengan Richard, suami saya. Ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat
dihilangkan dari memori saya.
Kami meneruskan
pengkajian Alkitab kami, pada satu hari, saya berjumpa dengan nas Alkitab yang
memetik daripada kata-kata Almasih Isa sendiri yaitu Yohanes 14 ayat 6 :
"Aku-iaitu Isa- adalah Jalan, aku adalah Kebenaran dan akulah Kehidupan,
tiada seorang pun yang datang kepada Allah Bapa, kecuali melalui aku."
Saya kagum kerana ayat ini berabad-abad kemudian telah dicatatkan dalam
al-Quran di surah al-Zukhruf ayat 61-63 : 'Ikutlah Aku, Inilah Jalan yang lurus..".
Pada saat itu saya sudah yakin bahawa penyelamatan dan destini saya terletak
hanya dalam tangan Isa Almasih. Kini bagindalah Juruselamat dan Rabbi bagi
saya.
Kita diberikan Kasih Karunia
Satu tahun kemudian,
kami telah dianugerahkan cahaya mata dari Tuhan. Kami telah mendaftarkan anak
lelaki kami dan dua minggu selepas itu, kami telah diziarahi oleh beberapa
orang yang ditidak undang. Pada waktu 11 suatu malam, sekumpulan daripada
Jabatan Agama Islam datang ke rumah kami. Mereka ingin tahu bagaimana saya telah
memeluk agama Kristian. Saya ambil peluang itu untuk ceritakan daripada
al-Quran bahawa Hazrat 'Isa itulah satu-satunya Almasih yang Tunggal. 'Isa yang
JUGA akan datang kembali yaitu datang kali kedua ke dunia ini, waktu itu
baginda akan kembali sebagai Hakim yang seadil-adilnya. Di dalam tangan Isa
Almasih terdapat kuasa yang menentukan akhirah bagi semua jiwa yang pernah
hidup di dunia ini! Baik ke jannah, atau ke neraka adalah bergantung kepada
Hakim yang Adil ini - Isa Almasih. Nabi Muhammad sendiri hanya seorang rasul
yang perlu diampuni dosa-dosanya oleh Tuhan dan diselamatkanNya.
Pada masa yang sama,
saya telah mengingatkan tetamu-tetamu saya malam itu, bahawa Quran ada sebut
dari surah 35 Fatir, yaitu pemelukan agama saya itu adalah tanggungjawab saya
sendiri, dan saya seorang diri sahaja akan dipertanggungjawabkan oleh Tuhan
Allah ta'ala pada Hari Kiamat bagi tindakan saya. Tidak ada mana-mana insan
yang dapat melakukannya bagi diri saya. Saya rasa ada keinginan beberapa pihak
'berkuasa' Islam yang mahu cuba menentukan masa depan atau destini bagi pihak
orang-orang Islam yang lain. Itulah satu sebab kenapa ada orang yang dikecam
dan diancam kematian dan pembunuhan bila mereka meninggalkan Islam dan memeluk
agama lain. Setelah mendengar penjelasan dari saya, pegawai-pegawai agama itu
pun meninggalkan rumah saya. Saya bersyukur kepada ilahi kerana keberanian yang
telah diberikanNya kepada saya, dan juga fikiran yang tenang dan waras pada
waktu itu. Halleluya!
No comments:
Post a Comment